Selasa, 01 Desember 2015

Kisah Misteri - DIGANGGU DI GUNUNG PULAI

Image result for DIGANGGU DI GUNUNG PULAI

Hari pertama hanya sekolah kami sahaja yang baru mendirikan tapak. Hari pertama berlalu dengan aman. Hari Kedua, datang pula pelajar dari U*M mendirikan khemah di kawasan kami.. mereka datang dengan kekecohan! Riuh rendah dibuatnya! Diaorang mandi di sungai tak kira waktu.. time azan berkumandang pun hentam je mandi-manda! Bila hari dah petang kami semua bersedia untuk menunaikan solat maghrib di surau. Mereka still bermandi manda di sungai sehingga azan maghrib pun diaorang tak hiraukan. Masa nak solat telekung tak cukup so aku sorang-sorang tunggu giliran nak solat. Tiba-tiba aku dengar suara seperti suara ungka (monyet) ukkkk..ukkkk..ukkk panjang dan lama, aku biarkan sahaja aku hanya fikir yang tu bunyi binatang.

Lepas diaorang selesai solat aku pun tanya ngan kawan-kawan yang lain “korang ade dengar tak bunyi ungka?? Kuat betul bunyinya” dorang gelak kan aku pula katanya “mana ada Ilmu Pelet! Kitaorang tak dengar apa-apa pun” dalam hati aku mustahil mereka tak dengar apa-apa! bunyi tu bukan perlahan, tapi kuat sangat dan lama! Semasa kami pulang ke khemah kami tengok mereka masih lagi berendam kat sungai walaupun hari dah gelap! Setelah kami sampai di tapak perkhemahan kami bersiap sedia untuk sediakan makanan, kali ni tugas kumpulan aku untuk sediakan makanan.

Azrin ditugaskan masak nasi, kami yang lain memasak lauk. Azrin kemudian ke pinggir sungai untuk membasuh beras, semasa dia membasuh beras dia terjumpa dengan Kak Ain, Azrin pun tegur “hai kak basuh pinggan sorang-sorang ke? Takde orang teman?” Kak Ain Cuma mengangkat muka dah tersenyum lebar, senyuman nya lebar dari yang biasa.. Azrin pun menyudahkan tugasnya dengan segera. Setibanya diatas Azrin kelihatan pucat! Selepas ternampak kak Ain.. Azrin terus mendapatkan Kak Ain “eh bukan akak ke yang kat bawah tadi ngah basuh pinggan?” Kak Ain pun jawab “mana ada dari tadi akak kat sini” Azrin pun terus terdiam tanpa sebarang kata lagi. Nampaknya apa yang Azrin Nampak tadi bukanlah Kak Ain tapi lembaga yang menyerupai Kak Ain, patutla dia tak menjawab soalan Azrin dan Hanya tersenyum sahaja!
Dapatkan Sample GRATIS Produk sponsor di bawah ini, KLIK dan lihat caranya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.