Sabtu, 01 Agustus 2015

Kisah Seram - Kak Lang


Kak Lang hampir diculik ....... Dunia Seram - Dalam sekitar tahun 1980-1996, Mak dengan abah membela lembu bagi menampung ekonomi keluarga. Anak ramai, 7 orang semuanya. Dah la ramai yang bersekolah lagi. Setiap kali nak start musim sekolah tahun baru je, mesti mak n abah jual seekor lembu bagi membiayai yuran sekolah, beli barang2 sekolah. Pada mulanya, lembu yang dibela hanya kurang dari sepuluh ekor, Alhamdulillah, semakin meningkat tahun semakin bertambah bilangan lembu-lembu peliharaan orang tuaku.

Paling banyak mak cakap adalah sampai mencecah 50 ekor. Pada sebelah pagi, kakak2 n abang2 ku semua pergi sekolah... Mak n abah pula pergi menoreh getah. Bila tengahari, budak2 balik sekolah, mak aku akan membawa anak2 nya pergi menjaga lembu. Tapi, mak aku dia tak bawak semua anak2 dia. Along aku kuat ngelat, dia malas jaga lembu. dia selalu bagi alasan nak masak kat rumah n menjaga adik2 yg kecil lagi. So, ilmu pelet birahi yg selalu jadi mangsa jaga lembu time tu adalah kak lang n abang ngah aku. kak tih, abang meon, kak cik dan aku masih kecil lagi masa tu. so, kitorang duk umah main konda kondi je lah. Lokasi kandang lembu kitorang tu terletak di dalam kebun getah milik mak aku. Kebun getah tu pulak bersambung dengan kebun getah jiran2 aku. Boleh diklafikasikan sebagai ladang getah jugak la.

Bila selepas waktu Zuhur, mak akan bawa abang ngah n kak lang aku yang masih besekolah menengah tu pergi ke kandang lembu. Pintu pagar dibuka, maka lembu2 mak aku pun dengan riangnya keluarlah selepas seharian dikurung. Mak aku akan membawa lembu2 ni pergi meragut rumput lalang yang segar bugar di kawasan yang tak berapa jauh dari kebun getah kitorang tu. kiranya masuk kawasan kebun getah orang lain la ni. Lembu2 tu dibiarkan makan kat situ. Mak, abg ngah n kak lang duduk kat satu port yang redup untuk membuat kerja sekolah sambil memerhatikan lembu2 tu makan. Bila dah lewat Asar, mak aku mengajak abang ngah n kak lang balik. Maka, lembu2 tu pun menuruti arahan mereka bertiga. Semua lembu dah masuk dalam kandang. Mak aku dah kira siap2, semua cukup. Tiba-tiba abang ngah jerit kat mak, cakap yang kak lang dah hilang. Mak aku ni dah rasa lain macam dah.

Dia tau ada satu tempat dalam hutan tu mcam keras sikit. So, tampa bazir masa mak aku suruh abang aku setelkan lembu yg dalam kandang tu dulu. Mak aku gi kat lokasi yang keras tu. Sah! Kak Lang tengah berjalan nak masuk dalam "kawasan" itu. Nasib baik mak aku sempat panggil n tarik akak aku sebelum masuk dalam belukar tu. "Orang nak cari Dara, tadi nampak dia masuk dalam hutan ni," Ujar akak aku sambil ditarik mak aku menuju ke kandang lembu kitorang. Untuk pengetahuan semua, Dara tu adalah nama untuk satu lembu betina kitorang. Mak yakin yang Dara dah masuk dalam kandang dah tadi. Abis, lembu ke apa ke yang kak lang aku nampak tadi tu? Nak kata babi hutan, menurut kak lang, dia memang nampak jelas Dara masuk dalam hutan tu. Menurut mak, mungkin makhluk halus yang mendiami belukar tu berminat nak menculik akak aku. Dan dengan itu, dia menjelmakan lembu supaya akak aku terpedaya. Nasib baik tak ada apa2 yang terjadi. Syukur Alhamdulillah
Dapatkan Sample GRATIS Produk sponsor di bawah ini, KLIK dan lihat caranya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.