Jumat, 24 Juli 2015

Wayang Seram - Penunggu JENGKA

Arahan : Ramdan Che Hassan & Nyon Othman
Genre : Seram
Tahun : 2015
Rating : ?/5

Ulasan mengandungi spoiler.
Fuuh lama tak menulis. Ulasan untuk filem tempatan pun semakin tak kedengaran mungkin sebab setakat tahun ini tiada filem yang menarik untuk dikongsi. Nampak gayanya, filem tempatan khususnya flem berbahasa Melayu boleh kata semakin merudum. Trailer Jengka sedikit sebanyak menggamit naluri daripada kebosanan deretan filem yang menunggu tayangan.

Filem ini mengambil konsep found footage yang diselang seli dengan lakonan semula seperti konsep Villa Nabila tetapi tidaklah mempunyai ciri-ciri docu dalam Villa Nabila. Pengarah baru Ramdan dan Nyon sebagai protege Aziz M. Osman tidak lepas dari mengikut trend filem seram terkini yang melanda Malaysia ketika ini. Filem ini bermula dengan Nini ILMU PELET BIRAHI yang sarat mengandung ingin melahirkan anak dikampungnya di Jengka. Bersuamikan Basir (Riezman), Nini memberi peluang kedua kepadanya setelah curang dan berjanji untuk tidak lagi merosakkan rumahtangga mereka. Setiba di kampung, apa yang membahagiakan kini menjadi kucar-kacir apabila Nini meroyan lari ke dalam ladang kelapa sawit dan diganggu apa yang di panggil Penunggu Jengka.

Filem yang bermula dengan pengakuan Raja Azri mengatakan pihak Ace Motion menerima satu kamera yang mengandungi entiti dan kemudian melakonkan semula apa yang terjadi di ladang kelapa sawit. Ianya sangat simple dan mengajak penonton percaya apa yang berada di dalam kamera adalah sesuatu yang benar-benar-berlaku, tetapi terdapat beberapa babak 'kejadian benar' yang dipaparkan juga boleh dianggap berlakon sekaligus kurang kepercayaan terhadap bukti yang diterima itu. Satu faktor bagi PF adalah, kejadian asal itu juga dilakonkan oleh pelakon tv yang boleh dikenali, terutama Basir in real life. Mungkin, pada orang lain ianya bukanlah undang-undang yang perlu dipatuhi dan kemudian dihukum jika tidak menggunakan orang biasa. 'Keaslian' yang boleh dipuji adalah babak-babak hantu dan suasana seram di ladang kelapa sawit. Sebenarnya, situasi itu dah lama PF angankan jika kononnya nak buat filem seram iaitu suasana angker dalam hutan yang sedikit lapang.

Apabila cuba melakonkan semula, karakterpun jika boleh kena sama paling tidak pun hampir sama. Lebih-lebih lagi, pada skrin yang dibahagi dua dan memberi peluang penonton membuat perbandingan depan mata. (Eh, ini bukan filem biografi semua nak kena sama! rupa fizikal, perangai dan cara bercakap). Ini jelas dengan melihat watak lakonan semula Abang Long (Raja Azri) yang ternyata jauh lebih serius dari watak asal yang agak lurus dan membawa gelak penonton tanpa disedari pengarah mungkin. Tak tahulah pada orang lain jika ianya perkara kecil, pada PF umpama tengok di FB gambar comel, muka flawless apa semua, tapi di luar, muka berjerawat dan selekeh dari digambarkan. Bercakap pasal filem hantu mesti ada orang agama, Ok tak kisahlah tu jika Jengka pun panggil ustaz, cuma rupa bentuk ustaz tak perlulah nampak cliche sangat dengan berjubah dan masuk ke ladang malam-malam. Walaupun begitu, ustaz 'sebenar' berjubah putih, manakala ustaz 'palsu' berwarna gelap memberi makna kontra.

Sentuh berkenaan cerita pula, cakap-cakap orang tentang 'kekerasan' tempat ladang pula tidak diceritakan dengan mendalam paling tidak pun perlulah ada 1 babak berdialog tentangnya, seingat PF hanya kawan Abang Long saja yang ada sebut 2-3 perkataan tentang hal ini semasa shoot kamera. Sedangkan Abang Long yang telah tinggal lama berhampiran ladang tidak tahu menahu sehinggalah kejadian mengutip bola golf. Yang ini agak pelik sedikitlah.

Adakah penunggu di situ memang mengidamkan dan 'memanggil' ibu mengandung demi dapatkan bayi? Atau keangkerannya di situ baru saja nak bermula? Penggunaan CGI bagi penampakan penunggu adalah lebih baik jika diminimumkan, kerana kadangkala ianya nampak seperti ..... apatah lagi dengan opening sequence di mana penunggu mencelah ditepi skrin sekaligus adalah spoiler awal Jengka. Oh ya, terdapat 2 babak seram semasa di rumah Nini di kota sebelum pulang ke Jengka, tidak tahu apakah tujuannya. Nak kata ikut balik kampung, tiada continuity pula. Walau bagaimanapun, bagi pengarah baru yang cuba mengikuti trend semasa, Jengka boleh dikatakan percubaan yang baik. Halalkan sajalah ketawa-ketawa penonton dibalik seram itu. Rasanya lebih baik jika ianya dibikin bukan style begini (realiti dan lakonan semula). 2cents*

Credit:Somber TONTON Filem Jengka (2015) Full Movie online streaming secara online dengan percuma sekarang. Jengka (2015)

Filem seram Jengka mengisahkan tentang Nina yang keguguran semasa melarikan diri di ladang kelapa sawit. Namun sesuatu terjadi apabila bayinya dikatakan masih hidup dan dilarikan oleh penunggu. Orang kampung berusaha membantu mencari Nina dan anaknya, namun perkara seram terjadi sepanjang pencarian mereka.

Pengarah: Nyon Othman, Ramdan Che Hassan Pelakon: Riezman Khuzaimi, Ramona Zamzam, Raja Azri TONTON JENGKA (2015) FULL MOVIE
Dapatkan Sample GRATIS Produk sponsor di bawah ini, KLIK dan lihat caranya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.