Selasa, 19 Mei 2015

Kisah Hantu - Siapa Yang Aku Tegur Tadi?

Dunia Seram - Masa kejadian, aku nak hantar kak aku ke bus stop. Masa tu kak aku kena kerja shift pagi. Oleh kerana nak ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam, kak aku terpaksa keluar awal. Bas kilang akan datang pada pukul 5 pagi. Masa tu kampung aku dikelilingi oleh pokok getah. So, jarak dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain memang agak jauh. Aku selalu teman kak aku kat bas stop tu sehingga bas kilang sampai. Bila kak aku dah naik bas, aku pun terus pulang ke rumah. Ada sorang penduduk kampung aku yang sama shift dengan kak aku. Disebabkan dia tinggal tak jauh dari bas stop, dia cuma berjalan kaki untuk ke bas stop tu.

Masa aku sampai kat jambatan (kat jambatan tu memang gelap dan di keliling jambatan tu ada rimbunan pokok buluh) aku nampak jiran aku yang kerja sama shift dengan kak aku sedang berjalan mundar mandir dalam gelap. Aku cuma nampak dia pakai ILMU PELET BIRAHI tudung labuh dan jubah menutupi kaki. (Dia memang pakai jubah bila pergi kerja) Aku pun menegur kawan kak aku tu. " Hai kak lambat hari ni"...Tapi dia cuma berdiam diri dan langsung tak toleh kat aku...Aku naik hairan. Tapi aku tak kisah ler. Aku tak rasa apa-apa pun masa tu.

Cuma rasa sejuk jer suasana di pagi tu dan angin sepoi-sepoi bahasa meniup daun-daun pokok di sekeliling jalan tu. Tiba-tiba baru aku teringat bas kilang baru saja pergi dan aku nak bagitau kawan kak aku yang dia dah ketinggalan bas. Aku pun berpatah balik. Aku dah tak nampak pun kawan kak aku tu. Padahal aku baru saja menegur dia. Aku mula rasa semacam. Aku terus jer pecut motor laju-laju dan terus pulang ker rumah. Lepas solat subuh, aku rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Mungkin aku terkejut sangat dengan kejadian dekat jambatan tadi. Aku telan 2 biji panadol dan lepas tu aku terlelap. Aku terjaga dari tidur bila aku terdengar riuh rendah dekat halaman rumah. Aku terus bangun perlahan-lahan dari katil dan aku dengar mak aku sedang bercakap dengan seorang perampuan. Aku seperti kenal suara perempuan tu.

Perempuan tu nak minta kat mak aku daun semambu. Katanya anak dia demam campak dan hari ini dia pun tak pergi kerja sebab anak sakit. Aku rasa tak sedap hati dan aku nak pastikan sipakah yang sedang bercakap dengan mak aku. Aku terus keluar dari bilik dan meluru ke pintu untuk melihat orang itu. Memang sangkaan aku tepat sekali. Apa yang aku lihat dekat jambatan tadi, bukanlah kawan kak aku sebab kawan kak aku sekarang berada di depan mata aku. Dia tak pergi kerja kerana anak sakit.
Dapatkan Sample GRATIS Produk sponsor di bawah ini, KLIK dan lihat caranya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.