Minggu, 10 Mei 2015

Cerita Hantu - Kunchi Yang Hilang



Selamat Tengah Malam Cerita Hantu Seram- Kunchi Yang Hilang - Nama saya Tina. Saya ingin menceritakan pengalaman saya yang berlaku pada tahun lepas di salah sebuah tandas di tempat meletak kereta Kompleks Kargo Changi. Kisahnya bermula begini... Saya bertugas di Kompleks Kargo Changi. Saya habis bertugas sekitar jam 11 malam. Seperti biasa, suami saya akan menjemput saya pulang dengan menunggang motosikalnya. Nak dijadikan cerita, apabila keluar dari bangunan itu, saya rasa tidak tahan hendak membuang air kecil. Kerana tidak boleh tahan, suami saya membawa saya ke tandas berhampiran iaitu di tempat meletak kereta ILMU PELET BIRAHI*. Apabila selesai membuang air kecil, saya dan suami pergi ke motosikal untuk pulang.

Tiba sahaja di depan motosikal, suami saya pun menyeluk koceknya untuk mengeluarkan kunci motosikal. Tiba-tiba suami saya tanya sama ada saya ada simpan kunci atau tidak, sebab kunci tidak ada di dalam kocek suami. Saya memberitahu suami kunci tidak ada pada saya. Suami dan saya pun cuba mencari kunci di sekeliling kawasan yang kami lalui untuk ke tandas. Mana tahu kunci tercicir. Hampir setengah jam saya dan suami mencari tetapi tidak terjumpa kunci motor. Saya dan suami rasa tidak sedap kerana bulu roma kami mula meremang dan hairan macamana kunci di dalam kocek boleh hilang. Lalu suami menyuruh saya cuba menyeluk kocek seluar suami untuk pastikan kunci motor ada dalam kocek, tetapi masih juga tiada di dalam kocek suami.

Suami menyuruh saya tenang lalu dia pun membaca surah-surah yang patut. Selesai sahaja membaca, suami cuba sekali lagi menyeluk koceknya. Hairannya kunci motosikal itu boleh berada di dalam kocek suami. Dengan tidak membuang masa, suami menghidupkan enjin motosikal lalu kami terus beredar dari tempat itu. Kami tidak terus pulang malah kami berhenti di kedai kopi berhampiran untuk menenangkan hati dan perasaan. Semenjak kejadian itu, tidak tahan untuk ke tandas macamanapun, saya dan suami tidak akan ke tandas itu lagi, kerana kami dapat tahu di kawasan situ adalah tempat orang-orang India membuang abu orang mati.
Dapatkan Sample GRATIS Produk sponsor di bawah ini, KLIK dan lihat caranya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.