Selasa, 14 April 2015

Kisah Seram - Disihir Oleh Pelanggan

Kisah Seram - Disihir Oleh Pelanggan

Dunia Seram - Saya ingin menceritakan tentang kejadian yang tak pernah berlaku ketika menjalankan tugas saya. Saya adalah seorang jurujual di Singapura, kerja saya bertemu dengan pelanggan. Tak perlulah saya menceritakan lebih lanjut tentang pekerjaan saya kerana anda akan tahu apabila anda membaca kisah ilmu pelet birahi saya ini. Saya dan isteri bersama seorang pelanggan di rumahnya di kawasan Toa Payoh. Selepas selesai saya menjalankan tugas saya, beliau menhidangkan kami air minuman dan makanan ringan. Sedang kami berborak-borak dan berbual kosong, tiba-tiba pelanggan kami itu yang kami gelarkan "kakak", terus senyap DAN MENUNDUKKAN KEPALANYA KE BAWAH.

Isteri saya mula merasa gelisah dan tidak boleh duduk diam serta rasa kepanasan. Saya bertanya kepada isteri kenapa beliau semacam resah dan gelisah? Isteri saya berkata, "Saya rasa macam tak sedap, macam ketakutan, tapi tak tahu apa yang saya takutkan. Telinga saya macam rasa sebal seperti menaiki kapal terbang. Berdesing!" Tiba-tiba kakak tersebut memberi salam seperti suara seorang nenek tua, "Assalamualaikum..." Isteri terperanjat, disebabkan isteri duduk di sebelah kakak itu. Saya macam nak ketawa pun ada. Ingatkan dia berdrama. Muka isteri saya dah pucat lesi macam nak pengsan. Kakak itu berkata dengan suara itu lagi, "Saya tahu apa terjadi dengan kamu, saya tahu siapa yang tidak suka dengan kamu. Mari sini, duduk dengan mbak.

Biar mbak jelaskan siapa gerangan orang yang menghantar sihir kepada awak. Sihir itu juga mahukan isteri kamu sukar untuk hamil!" Bila dia berkata begitu, saya langsung tidak percaya. Tergamam dan tidak bersuara. Adakah ini perkara yang benar atau permainan semata-mata? Berdiri bulu roma. Isteri saya langsung tidak bersuara kerana terlalu ketakutan. "Nenek tua" yang telah merasuk kakak tadi itu langsung menceritakan hal2 saya, siapakah musuh saya, dan SIAPA DIA!!! Gerun tapi tak percaya... Astaghfirullah... Hati ini tak habis-habis beristighfar. Pelanggan saya yang tadi menurun, tiba-tiba balik ke asalnya dan bertanyakan kepada suaminya apakah yang berlaku? Saya tahu yang bercakap tadi itu mungkin adalah saka milik kakak tersebut.

Mungkin dia sendiri tidak tahu yang dia ada saka ini. Apabila saya balik ke rumah, saya menelefon ibu saya, Saya ceritakan hal ini dengan ibu saya. Secara kebetulan, ada ustaz yang hendak datang ke rumah saya untuk menyemah rumah kami sebab saya baru pindah. Ustaz itu pun sudah membuat temujanji untuk bertemu dengan kami sekeluarga pada keesokan malamnya selepas Isyak untuk berubat. Pada esok malamnya, semasa saya sedang berubat, saya terasa begitu panas seperti sedang membara, padahal alat pendingin hawa jelas di depan saya dengan suhu 16 Celsius. Saya berpeluh-peluh seolah-olah sudah lama berlari-lari anak. Beberapa minit kemudian, saya rasa ada sesuatu yang keluar dari tubuh saya dan saya rebah ke lantai kepenatan.

Memang benar rupanya kata kakak itu ketika beliau dirasuk, sihir itu berjaya duduk di dalam badan saya selama ini dan saya tak perasan. Saya rasa ringan selepas itu. Isteri saya cuma terkena tempias sihir itu. Selepas "berubat", isteri mimpi ada orang menyeru nama penuh beliau lalu sembur ke mukanya. Dia tersedar sekitar pukul 4 pagi lalu terdengar ketukan yang dasyat di tingkap seolah-olah seperti ada orang hendak masuk ke dalam.. Tak boleh tidur dibuatnya. Sekejap lagi, terdengar lagi. Lebih kuat, kali ini saya tersedar. Kuat sangat sampai bergegar bilik tidur saya. Bayangkan, rumah saya berada di tingkat tinggi. Mulai dari malam itu, saya lebih berhati-hati untuk bercampur dan juga makan minum di rumah orang. "Buat-membuat" orang ini masih lagi wujud lagi pada zaman ini. Astaghfirullah. Semoga orang itu mendapat taufik dan hidayah. Kita sama-sama cari rezeki, sama-sama mahu berjaya. Tidak perlu hendak berlumba dan membunuh kerjaya masing-masing. Itu sahaja cerita saya. Selamat tengah malam dan terima kasih...
Dapatkan Sample GRATIS Produk sponsor di bawah ini, KLIK dan lihat caranya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.